Kerajaan Safawi menyatakan Syiah sebagai mazhab negara. Kerajaan Safawi berasal dari sebuah gerakan tarekat yang berdiri di Ardabil, kota di Azerbaijan. Tarekat ini diberi nama Tarekat Safawiyah, didirikan pada waktu yang hampir bersamaan dengan berdirinya Kerajaan Usmani. Nama Safawiyah diambil dari nama pendirinya, Syekh Safiuddin ( 1252-1335 M). Syekh Safiudin berasal dari keturunan orang yang berada dan memilih sufi sebagai jalan hidupnya. Pada mulanya gerakan tasawuf Safawiyah bertujuan memerangi orang-orang, kemudian memerangi golongan yang mereka sebut “ahli-ahli bidah” .
Kecenderungan memasuki dunia politik itu mendapat wujud konretnya pada masa kepemimpinan Junaid (1447-1460 M). Pada tahun 1459 M Junaid mencoba merebut Sircassia, tetapi pasukan yang dipimpinnya dihadang oleh tentara Syirwan. Oleh karena itu kepemimpinan gerakan Safawi baru dapat diserahkan kepadanya secara resmi pada tahun 1470 M. Kemenangan Alaq Koyunlu tahun 1476 M terhadap Kara Koyunlu membuat gerakan militer Safawi yang dipimpin oleh Haidar dipandang sebagai rival politik oleh Alaq Koyunlu dalam meraih kekuasaan selanjutnya.
Wangsa Safawiyah bermula daripada gerakan Sufi di kawasan Azarbaijan yang digelar Safawiyeh. Pengasas gerakan Sufi ini ialah Sheikh Safi Al-Din (1252–1334). Sheikh Safi al-Din Abdul Fath Is'haq Ardabili berasal dari Ardabil, sebuah bandar di wilayah Iran Azerbaijan. Beliau merupakan anak murid seorang imam Sufi iaitu Sheikh Zahed Gilani (1216–1301, dari Lahijan.) Safi Al-Din kemudiannya menukar Ajaran Sufi ini kepada Ajaran Safawiyeh sebagai tindak balas kepada pencerobohan tentera Mongol di wilayah Azerbaijan. Pada kurun ke 15, Safawiyeh mula meluaskan pengaruh dan kuasanyanya dalam bidang politik dan ketenteraan ke seluruh Iran dan berjaya menawan seluruh Iran dari pemerintahan kerajaan Timurid.
Kegemilangan Safawiyah mula menurun ketika abad ke 17. Raja-raja Safawiyah semakin lama menjadi semakin tidak efisien dan hidup berfoya foya. Iran pula sentiasa diserang oleh tentera Turki Uthmaniyah, Afghani dan Arab. Pada tahun 1698, Kerman berjaya ditawan puak Balochi dan Khorasan pula jatuh ke tangan Afghani pada tahun 1717. Selain itu, Safawiyah turut berhadapan dengan ancaman baru iaitu kemaraan Empayar Rusia di sebelah utara serangan tentera Mughal di sebelah timur. Turut memburukkan keadaan, ekonomi Safawiyah merosot akibat perubahan jalan perdagangan antara timur dan barat, dimana Jalan Sutera tidak lagi digunakan. Pada tahun 1760 Karim Khan, seorang general tentera mengambil alih kuasa sekaligus menamatkan dinasti ini.